Rabu, 26 September 2012

One Stop Script `epi3


Bab3-1

Kio menuju ke kedai hadiah untuk membeli hadiah Tuan Ray. Tiba-tiba, Kio terserempak dengan Tisha adik Cik Zena yang masih belasan tahun. Tisha ialah anak kepada Tuan Lee Ray Yu dan Ibu Zena.

Tisha: Encik Kio! Tak sangka kita berjumpa di sini. Saya dapat tahu dari Tuan Ray, Encik Kio dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus. Tahniah! Adakah kakak saya tahu, ataupun tidak tentang hal ini? Encik Kio marilah kia raikan kenaikan pangkat Encik.

Kio: Tisha,minggu hadapan majlis kenaikan pangkat saya akan berlangsung. Cik Zena tidak tahu lagi mengenai hal ini. Dia agak sibuk kebelakangan ini. Oh ya, kamu ingin sertai persembahan peragaan untuk majlis kenaikan pangkat saya itu?

Tisha: Semestinya, cuti sekolah sudah bermula minggu hadapan.

Kio: Baiklah saya akan berikan kad jemputan untuk ke majlis tersebut dan saya harap kamu dapat menandatangani kontrak baru kami untuk menggantikan kakak kamu yang tidak dapat menghadiri photoshoot untuk keluaran produk syarikat.

Tisha: Apa yang sudah terjadi?

Kio: Tisha seharusnya mengucapkan tahniah pada kakak kamu kerana sudah diterima oleh syarikat lain, untuk menjadi model terkemuka seharusnya melangkah lebih meluas. Perkembangannya dari masa ke semasa boleh dilihat dengan sudut perspektif yang berlainan, dia agak bijak mengatur langkah. Tiada siapa dapat tandingi kehebatannya sebagai seorang wanita.

Tisha: Encik Kio saya harus beredar segera…


Tisha mengambil bungkusan hadiah dan sejambak bunga ros dari penjual kedai hadiah tersebut dengan mukanya ingin cepat melangkah keluar dari kedai tersebut dan agak marah. Kio seperti kebingungan dengan sikap Tisha.


Setibanya Tisha di rumah, kelihatan seorang tetamu yang tidak dikenali duduk bersama ibu dan Zena.

Tisha: Saya sudah pulang.

Zena: Tisha. Kamu sudah balik adik. Kakak kenalkan kepada kamu, ini  Tuan Leo dari syarikat Cam.Co majikan baru kakak.

Tisha: Selamat berkenalan. Ibu! saya masuk ke bilik dahulu.

Ibu: Baiklah segera turun setelah selesai di atas.

Tisha: Ok!

Bab3-2

Ibu Zena: Tuan Leo , saya sebagai ibu Zena amat berbangga dengan anak saya yang menjadi salah seorang pekerja tuan. Tuan maafkan saya ya, jika soalan saya ini agak peribadi bagi tuan, saya lihat tuan ini agak muda dan kacak serta bekerja adakah tuan sudah berpunya?

Zena: Mama! Soalan ini tidak sepatutnya di tuju kepada Tuan Leo.

Tuan Leo: Haha, tidak mengapa Cik Zena. Puan, saya masih belum dimiliki oleh sesiapa tapi hati saya sudah diambil oleh seseorang.

Ibu Zena: Wah! Bertuah sungguh wanita itu jikalau mendapat tuan. Wajah tuan amat menyejukkan hati.
Siapakah wanita itu?

Zena: Mama! Janganlah mama mengusik Tuan Leo lagi mama.

Tuan Leo: Seseorang yang baru sahaja saya kenal. Nanti apabila majlis pengiktarafan Cik Zena sebagai model kami dilangsungkan pada minggu hadapan, saya tunjukkan pada puan wanita itu.

Ibu Zena: Baiklah. Hahha..

Zena seperti berada dalam satu situasi yang agak mengelirukan. Wajah Tuan Leo memandang Zena terpancar wajah kasih sayangnya terhadap Zena mula mendalam. Zena dalam keadaan yang agak malu sehingga menimbulkan warna bunga sakura pada pipinya.

Tuan Leo: Puan saya minta diri untuk pulang.

Ibu Zena: Ya Tuan Leo, esok datang la ke rumah untuk menyambut majlis hari jadi Tuan Ray.

Tuan Leo: Baiklah,terima kasih atas jemputan itu saya amat menghargainya. Harap pertemuan kali ini akan membawa kita ke pertemuan yang akan datang.

Ibu Zena : Terima kasih Tuan Leo menghantar Zena pulang.

Zena: Terima kasih Tuan Leo.

Tuan Leo: Sama-sama.


Leo pergi dengan wajah kegembiraannya. Hatinya seperti terpaut dengan kejelitaan dan sikap lemah lembut wanita yang telah mengambil hatinya Zena Lee Ray Yu.






Bab3-3

Puan Yumi masuk ke bilik Tisha dan melihat Tisha membaca buku novel. Kelihatan keadaan Tisha amat tegang. Tisha tidak mengendahkan kehadiran ibunya.

Ibu Zena: Hei, Tisha kenapa kamu tidak turun ke bawah? Kamu ingat kamu puteri ke? Ibu malu la dengan sikap kamu ini. Apa masalah kamu sebenarnya?

Tisha: Apa masalah ibu? Ibu tahu ataupun tidak bahawa kakak sudah menandatangani kontrak pekerjaan dengan syarikat tetamu ibu tadi? Selepas ini kakak tidak dapat membantu keluarga kita untuk photoshoot pengeluaran produk.

Ibu Zena: Ibu sudah tahu semuanya. Kakak kamu sudah dewasa dan berhak membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Kamu Tisha seharusnya bergembira, kamu juga mendapat peluang yang sama.

Tisha: Ibu dunia peragaan itu hanyalah suka-suka sahaja buat saya. Saya akan meneruskan minat saya dalam dunia perniagaan. Ibu tahu bahawa saya ingin mengambil alih jawatan ayah. Semuanya mudah, semua dana perniagaan  ditaja oleh banyak syarikat yang terkemuka dan mempercayai syarikat ayah ini. Saya mampu buat apa sahaja untuk mencapai impian saya, ibu.

Ibu Zena: Kamu ingat segalanya mudah bagi ayah kamu? Dia berjuang segalanya demi syarikat. Apa yang kamu fikirkan sekarang?

Tisha: Saya hanya menumpang kesenangan dengan pewarisan syarikat keatas saya, ibu. Tahun hadapan saya akan terus bekerja dengan ayah. Saya akan pastikan ayah bersetuju memberi saya jawatan tersebut kerana kakak tidak mampu mewarisi syarikat ayah.

Ibu Zena: Kamu benar-benar tidak tahu apa yang kamu sedang perjuangkan. Buang masa ibu mengatur masa depan kamu.


Puan Yumi beredar keluar dari bilik, Tisha membalingkan bantal kearah pintu bilik yang ditutup oleh ibunya.

Ibu Zena: Tisha kamu ini sangat degil. Jikalau, kamu tahu bahawa syarikat ayah ini dimiliki oleh seseorang. Kamu tidak akan membuat keputusan yang sebodoh ini.


Zena: Mama, kenapa mama termenung?

Ibu Zena cuba mengalihkan pandangannya. Zena tidak mahu mengganggu ibunya. Zena amat faham dengan sikap adiknya yang tidak memahami situasi ibu dan bapanya. Tisha ialah seorang yang tidak menghargai pengorbanan keluarganya tetapi mementingkan kehendaknya.



Khamis, 13 September 2012

One Stop Script: EPi 2


Bab2-1

Zena mencapai beg sandang ke universiti. Dia hanya mampu bersiap dengan sedikit loose powder ,dan eyeliner serta secalit gincu merah jambu . Dikenakan dengan t-shirt collar hitam yang berlambang model academy dan seluar jeans hitam serta kasut baldu mary jane style; berwarna navy.

 Zena terus bergegas ke perkarangan universiti dan mula berlagak seperti budak baru masuk universiti.
 Semua pelajar lelaki seperti mengecam Zena. Nasibnya agak baik kerana memakai cermin mata bingkai hitam, menampakkan gayanya seperti nerd. Zena menggunakkan nama singkatan En untuk memudahkan urusannya meneruskan pengajian di universiti tersebut.

Sesi perkenalan berlangsung antara pelajar baru dan pensyarah Encik Kim ,beliau menerangkan beberapa maklumat kursus yang diambil oleh pelajar beliau.Sedang semuanya dimaklumkan, ringtone telefon bimbit Zena berbunyi lunak merdu. Tetapi hati Zena dirundum gelisah jikalau ada yang cuba menyelidik dirinya.

Zena bermonolog.
Mengeluh lebih perlahan .. Melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya , Kio Pastel Colour calling..
“Alamak, adakah Kio sudah berjanji dengan Syarikat Cam.CO? Aku harus lakukan sesuatu…”

Zena: Encik Kim. Saya ingin mengutarakan satu soalan.

Pensyarah Kim: Baik En. Apa soalan yang kamu ingin ketengahkan?

Zena: Hari ini kita hanya melakukan sesi perkenalan dan course subject yang ingin diambil?

Pensyarah Kim: Iya En.. dan hari ini hanya saya sahaja yang memperkenalkan sesi pengenalan diri dan  memaklumkan bahawa kursus yang akan saya ajar kamu semua.  Dan sekarang anda semua boleh pulang dan esok giliran Puan Yeong Suk pula.

Zena: Terima Kasih Pensyarah Kim.

Pelajar beredar keluar dari kelas….Zena berlari ke luar universiti. Nasib baik pengawal Lim ada
di hadapan universiti.

Zena: Pengawal cepat. Kita menuju ke syarikat .

Zena menelefon Kio.. sementara menunggu panggilan,Kio mengangkat ganggang dengan pantas.

Kio: Hello! Zena kamu langsung tidak maklumkan apa keputusan kamu dengan syarikat Cam.Co?
        (nada Kio agak mencemaskan.)

Zena: Kamu beritahu mereka sediakan kontrak. Saya segera ke sana.

Zena meletakkan ganggang telefon… Pengawal membawa kereta lebih laju seperti biasa.

Bab2-2
Setibanya di syarikat Pastel Colour.. Zena berjalan sambil mengingati wajah Kio dan pengarah urusan.

Kio: Cik Zena pensyarah syarikat Cam.Co telah bersedia di bilik mesyuarat.

Zena: Okey. Saya cantik tak?

Kio: Sejak bila Cik Zena kurang keyakinan diri?

Zena: Sudahlah Kio. Kamu tak pernah cuba melegakan hati saya. Saya serius.

Kio: Cik Zena nampak lebih cantik dalam keadaan begini. Nampak berkobar-kobar seperti api membara.

Kio membuka pintu bilik mesyuarat.

Kio bermonolog. “Silakan masuk Cik Zena percayalah kamu lebih bagus begini”

Zena melangkah masuk dengan senyuman yang memberi harapan dan wajah baru serta membuat transformasi kepada syarikat Cam.Co.


Zena: Tuan pengarah. Saya Cik Zena model tetap syarikat Pastel Colour. Salam perkenalan.

Tuan Leo: Saya Encik Leo.Cik sangat cantik pada hari ini, amat sesuai saya jadikan ketua model syarikat saya.

Zena lebih terkejut bahawa dia diminta mengetuai model management, bukannya senang untuk menjadi ketua dan satu-satunya model terpenting dalam sesebuah syarikat. Jika dibandingkan dia menjadi ketua model kerana syarikat ayahnya Tuan Lee Ray Yu yang berpengaruh, juga mengambil masa  2 tahun untuk jadi model tetap dan dipercayai.

Zena bermonolog.

“Tuan pengarah memuji aku seperti seorang yang benar-benar ikhlas melihat seorang wanita. Beliau seorang yang menyenangkan, muda dan kacak. Dalam keadaan begini beliau boleh menjadi seorang pengarah syarikat. Mustahil.

Mengapa beliau amat percayakan aku mengendali anak buahnya?

Lupakan semua persoalan ini, sekarang aku harus melihat kontrak yang ditetapkan.”


Zena: Terima kasih Tuan. Boleh kita mulakan?

Tuan Leo: Boleh. .



Bab2-3

Zena membaca surat perjanjiannya dengan syarikat Cam.Co.

Zena: Kontrak Syarikat Cam.Co diwarisi dibawah naungan anak  kandung Tuan Shawn, Tuan Leo Shawn Paul. Semestinya tuan telah berjaya semasa penilaian bersama ahli pengerusi dan lembaga pengarah yang lain. Tuan seorang yang bijak dan mengagumkan.
Kandungan isi kontrak ini agak ketat bagi saya tetapi saya yakin saya mampu menjalankan segala tugas.. Semestinya yang tuan sedia maklum ,pada sebelah pagi saya mempunyai kelas di pusat pengajian dan sebelah petang saya sudah semestinya berada di syarikat tuan.
Saya bersetuju dengan perjanjian ini dan jika saya mengikuti segala ujian yang disenaraikan selama 6 bulan dan memenuhi krateria yang dikehendaki,saya dengan rasminya menjadi ketua model tetap syarikat tuan dengan gaji yang ditetapkan lebih dari Rm30k keatas serta menjadi tanggungjawab syarikat membayar segala perbelanjaan ke luar negara ketika bekerja outstation. Segala yuran pengajian untuk memantapkan skill dalam dunia peragaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Cik Zena akan mengetuai model di bawah naungan syarikat dan dibenarkan mengemukakan idea untuk memantapkan lagi dunia permodelan syarikat kami. Cik Zena diminta menandatangani kontrak ini atas persetujuan bersama pengarah syarikat Cam.Co. Sekiranya Cik Zena tidak dapat memenuhi segala isi kandungan kontrak, tuan pengarah boleh memecatkan Cik Zena dalam tempoh 24jam.

Tuan Leo: Bagaimana Cik Zena, anda bersetuju dengan syarat-syarat dan perlantikan ini?

Zena: Semestinya..mari kita mulakan menandatangani kontrak persetujuan dan ikrar.

Tuan Leo memberi pandangan yang positif atas tindakan Cik Zena.

Monolog dalaman Tuan Leo.
“Dia sungguh mengagumkan. Saya pasti dia adalah pilihan yang tepat. Sesungguhnya saya pasti dengan kehadirannya dalam syarikat ini akan lebih maju setanding dengan syarikat Pastel Colour.”

Setelah selesai,Cik Zena bergegas keluar dari pintu syarikat.

Cik Zena: Mana pengawal Lim ni? Sepatutnya sekarang saya harus pulang, esok hari jadi papa banyak bantuan yang ibu perlukan ketika ini dan seharusnya kami merancangkan sesuatu.

Tuan Leo: Cik Zena masih belum balik?

Cik Zena: Oh, saya hendak pulang ke rumah.

Tuan Leo: Oh, begitu. Jikalau cik sudi, marilah saya hantar pulang.

Cik Zena:  Baiklah, kalau begitu.

Zena melangkah masuk ke dalam kereta bersama Tuan Leo, pada ketika itu Kio melihat dari arah jauh dengan pandangan yang mengecewakan. Kemesraan Tuan Leo terhadap Zena kelihatan lebih mesra dari wanita lain.
Apakah yang akan terjadi pada episod seterusnya.. Saksikan episod yang akan datang.

Rabu, 12 September 2012

Nasihat dari yang berpengalaman Dr. Zera

Hi, segmen kali ini teringin nak jadi Dr Pakar Motivasi Cinta. hehheheeh... =) Di sini Zera ingin berkongsi pengalaman, sedikit pendapat dan nasihat untuk para pembaca. Sebagai seorang manusia kita xakan lari dari membuat kesilapan termasuklah diri blogger ini.  Tapi xsalahkan blogger ini berkongsi dengan anda semua. Tunggu sebentar nak post something dalam entri nieh !

( Perasaan inilah yang hadir apabila cinta itu datang.)


Apakah perasaan ini ikhlas mahupun tidak ikhlas? Mari kita lihat.

Mak aih,apa maksud ini? Maksudnya seseorang wanita atau lelaki ikhlas mencintai dengan hatinya. 
Tetapi jika sebaliknya mereka hanya bermain dengan cinta tersebut.

Apakah yang mereka akan buat bila mereka benar jatuh cinta antara satu sama lain dengan hati yang ikhlas?

(sweet sangatkan? maksudnya cinta hingga syurga.)

Jikalau bercinta dengan adanya hati yang tidak ikhlas?
Hendaklah kita beringat pesan ini.
(Nasihat dari pengalaman blogger: bukan hanya lelaki sahaja yang harus beringat wanita juga .)




Bila kita patah hati mesti rasa macam ini.


Boleh tak sebagai pasangan bercinta buat macam ini? Jangan biarkan cinta itu setengah jalan. Perbaikilah cinta itu nanti ia akan akhiri dengan suatu kebahagiaan taw! nak tengok tak apa ending dia?







Perkahwinan adalah satu kebahagiaan yang tak terungkap oleh kata-kata.
Hargai dan bersyukurlah dengan pemberianNya.

(^_^) sweet. Sebelum tahu dia dah bertunang pernah teringin nak jadi isteri dia.Tapi xada jodoh. Ahakss. Apapun tahniah kepada kedua dua pasangan suami isteri ini. Tolong jaga ustaz nie baik baik ya akak. 




Doa untuk para pembaca yang sudi lawat blog saya .




Selasa, 11 September 2012

One Stop Script. Epi1



Janjiku Sebagai Blogger


Hadiah dari Malaysia ke Egypt. My bestfriend , janjiku telah ditepati but ini baru episode pertama. Malu harap dapat memberikan komen yang baik untuk i. 






Skrip drama:  
Bab 1-1

Lokasi Universiti. Telefon bimbit pengawal peribadi berdering.

Pengawal Peribadi : Hello Tuan,Cik Zena sedang mendaftarkan diri. Setelah selesai ,kami akan segera ke
                                    syarikat.

Tuan Ray: Baiklah. Sila selesaikan segalanya secepat yang mungkin. (meletakkan ganggang dengan
                    segera.)  Mike kita segera ke lokasi pengambaran.

Mike:        Baik tuan.

Mereka menuju ke lokasi pengambaran untuk photoshoot cover hadapan majalah  Pastel Colour.Co


Setibanya Cik Zena dan pengawal peribadi sampai ke lokasi pengambaran. Sentuhan tangan seorang wanita di bahu Cik Zena membuatkannya terkejut dan rasa seperti kata-kata wanita ini memberi tamparan yang hebat terhadap Cik Zena.

Diong Sue Yen: Cik. Kamu xda adab ke?? Masuk ke sini tanpa pas syarikat? Kamu siapa?

Pengawal Peribadi: Cik! Kamu siapa yang biadab dengan anak Tuan Lee Ray Yu? Ini ialah
                                     Cik Zena Lee Ray Yu.

Diong Sue Yen terkejut melihat Cik Zena. Tanpa rasa bersalah Diong Sue Yen lalu beredar dari situ.


Zena: Oh!...siapa perempuan itu? Tak rasa bersalah langsung. Pengawal saya mahu kamu siasat latar
            belakang dia.. dan saya mahu kamu maklumkan kepada ayah saya.

Pengawal Peribadi: Baik Cik!

Tuan Ray: Zena. Ayah perkenalkan ini dia jurugambar untuk edisi tahun ini. Ayah harap kamu dapat
                   memberi sudut pandangan yang terbaik dalam gaya kamu serta temubual bersama pihak
                  media.

Zena: Baik ayah, saya pasti akan buat yang terbaik.

Jurugambar: Saya pasti Cik Zena seorang yang hebat dan saya tidak sabar lagi berkerjasama dengan
                        Cik Zena.

Tuan Ray: Ya. Sesungguhnya dia tiada tandingan. Hahhahaa !

Mereka menghayati detik tersebut,Cik Zena berlalu menukar pakaian yang lebih elegan. Dari jauh kelihatan Diong Sue Yen menunjukkan wajah dendamnya terhadap Zena.

Bab1-2

Zena: Saya pasti buat yang terbaik.

Kio: haha… Cik Zena sungguh cantik hari ini.

Zena: Hei, Kio.. kamu nak kata saya macam badutkan. Saya masih ingat kali pertama kamu mengendalikan sesi fotografi saya.

Kio: Semasa Cik mula berkecimpung dalam dunia peragaan , blusher,eyeshadow dan lipstick Cik lebih
       dramatik. Cik buat dunia saya ceria..hahhaa

Zena: Sudahlah Encik Kio, hari ini kamu pastikan segalanya yang terbaik.

Kio: Don’t worry dear…

Zena: Whatever…

Zena dan Kio berlalu dengan terpancar wajah kegembiraan mereka untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan lawak jenaka yang mencuit hati.

Setelah acara pengambaran selesai, Kio terus mengapai tangan Zena. Zena seperti merasai suatu perasaan yang tidak dapat dibendung oleh Kio lagi. Zena tersentak!

Zena: Kio…

Kio: Zena … ah,kamu terlupa beg tangan ini dan tadi saya telah berbincang dengan partnership kita
        syarikat Cam.Co. Mereka menawarkan kamu kontrak sebagai model mereka. Jikalau kamu berjaya,
        segala perbelanjaan kamu akan ditanggung oleh pihak syarikat ketika melaksanakan tugas dan
       akan menjadi model tetap mereka dengan gaji yang berpatutan.Kamu fikir-fikirkanlah, ini peluang
       kamu selangkah kehadapan. Hubungi saya keesokannya,buat keputusan yang terbaik..nanti saya
       uruskan perjumpaan dengan Cam. Co.

Kio mengamati wajah Zena.. Lalu beredar dengan harapan yang hampa kerana tidak dapat memberitahu rahsia disebalik perasaan itu.
  
Zena segera membuang perasaan yang berlegar difikirannya.
Zena bermonolog.
“Kenapa dengan Kio??
Patutkah aku bekerjasama dengan syarikat Cam.Co?”

 Zena menuju ke tempat letak kereta.

Pengawal Peribadi: Cik, sila masuk.


Bab 1-3

Setibanya sampai di perkarangan rumah,Cik Zena melangkah masuk dengan wajah yang agak muram.

Zena: Mama, Zena sudah pulang.

Ibu Zena: Zena,how are you today? Mama lihat Zena amat keletihan. Pergilah mandi dan salin pakaian
                 kamu. Nanti segera ke ruang makan. Mama sediakan dinner dan dessert untuk kita sekeluarga.

Zena: Baik mama.(Zena masuk ke biliknya serta menghempaskan badannya ke atas tilam.)
Penatnya.. Siapa perempuan yang kurang ajar dengan aku di sesi photoshoot tadi? Pekerja baru  ke? ……………………………
Kenapa dengan Kio??? Wajah dia seperti ingin memberitahu aku sesuatu.
Patutkah aku teruskan impian aku melangkah ke syarikat Cam.CO??
Lebih baik aku bersiap-siap dan berbincang dengan ayah tentang hal ini.
(Zena bersiap dengan segera.)

Ahli keluarga,ayah,ibu,Zena dan Tisha berkumpul di meja makan yang agak esklusif dengan hidangan makan malam yang menyelerakan serta dessert bagi memeriahkan lagi suasana. Selepas selesai makan malam tersebut Zena berjumpa dengan ayahnya.


Zena: Papa, saya ada hal untuk dibincangkan.

Tuan Ray: Baiklah segera ke  bilik pejabat papa.

Zena:  Baik….

Setelah Zena dan ayahnya di dalam bilik pejabat. Zena memulakan komunikasi yang agak  menegangkan suasana.

Zena: Papa.. siapa perempuan yang mengendalikan kemasukan para pekerja semasa sesi photoshoot?

Tuan Ray: Oh, itu Diong Sue Yen pengendali acara .. Kenapa Zena?

Zena: Dia agak keterlaluan. Dia biadab dengan saya. Dia memarahi saya setibanya saya dan pengawal
            berada di bilik persalinan.

Tuan Ray: Kamu rasa tergugat?

Zena: Tidak papa. Saya terkejut dengan sikap dia sebagai pekerja papa. Papa sepatutnya
            memperkenalkan saya kepada staff baru.

Tuan Ray: Baiklah nanti papa akan pastikan dia mendengar arahan papa dan arahan kamu.



Zena: Saya tak mahu perkara ini berulang lagi ,saya anak papa dan juga model syarikat papa.
           Em, saya dapat tawaran menjadi model Cam.Co. Saya harap papa dapat mengaturkan jadual saya   
           agar lebih fleksibel dan effisien. Esok saya akan berjumpa dengan mereka. Saya harap papa
           aturkan saya dengan acara peragaan yang penting dan covershoot sahaja.

Tuan Ray: Esok papa akan sediakan senarai tugas baru kamu serta jadual yang berkaitan.
                   Harap kamu dapat menyegerakan persetujuan syarikat dan ahli lembaga pengarah.

Zena: Baik papa.

Zena ke ruang dapur untuk mengambil segelas air untuk diminum. Dia merasai bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pelantikan pengendali acara Diong Sue Yen. Seterusnya apakah status Kio sekarang? Dia bukan lagi pengendali acara? Adakah dia dibubarkan dalam waris ahli lembaga pengarah?

Apakah yang akan terjadi pada episod seterusnya.. Saksikan episod yang akan datang.



                                           Macam biasa penulis akan memberikan kata-kata hikmat.

Doa  I Semoga my bff di Egypt, balik ke Malaysia Raya tahun hadapan. ... =) Senyum xperlu kata apa-apa.
         

MOoD Tak Malu Tapi Segan

Hyep! I'm Newbie, Zera berumur 21 tahun call me sexy kitten. 
(Pic ini snap dalam kereta bulan June 2012 ,untuk menghadiri Elken Live Extra Roadshow Dr Ferid Murad.)


At first, teringin nak share my life with uolls, especially my hobbies yang tak berapa nak gempaks!
Thanks for mY frenz One Z, cuz bagi idea for blogger ice breaking. Cayalah bro, kau inspirasi sanubariku.


          Secebis dari diri Zera, anak bongsu dari lima orang adik beradik. 
Baru sahaja menerjah ke dunia penulisan skrip drama entitled "Pose Girl in Love" yang akan di post dalam entry tak lama lagi ada 15 epi (one of my hobby).

Orait,  if nak tahu lebih lanjut mengenai Zera. Follow ajer blog Zera okok!


Before stepping down, ada sedikit kata-kata stimulasi Zera setiap hari. ehheeh...


Senyum tak perlu kata apa-apa !